Related Posts with Thumbnails

Ahad, 9 Mei 2010

Anugerah sebagai Hadiah


Selamat Hari Ibu aku ucapkan kepada tiap insan bergelar ibu, untuk episod tahun 2010 ini, aku bersyukur lantaran dapat memberikan hadiah paling bermakna buat ibuku, Saudah binti Muhammad. Terima kasih kerana selama ini bersusah-payah membesarkan aku dari sebesar dakapan tangan hinggalah mampu mendakap bintang, terima kasih kerana bersabar dalam menjagaku yang penuh karenah dan kenakalan. Semoga Anugerah pelajar cemerlang 2009 SMAKT lantas memberikan kelegaan umpama air yang sejuk kedalam insan tersayang, ayah dan ibu.

Pada asalnya aku nak balik rumah dari maahad hari jumaat, tapi nak buat macam mana, Puan Rohani yang glamer dengan ketegasannya melangkaukan ke hari sabtu plak. Tapi tak kisah la, yang penting dapat lepas dari stress yang kian memuncak sebab baru lepas muet hari rabu lpas, klakar ada, konfius pun ada.

Seawal jam 9.30 pagi, aku dah berdiri megah di sekolah yang meninggalkan 1001 memori indah. Aku memang sengaja datang awal walaupun majlis penyampaian pkul 11.30 pagi sebab nak borak-borak dengan adik-adik lama yang kian berevolusi menjadi abang-abang, sedikit tazkirah diberi bagi menyemat iltizam di hati. Bagi bebudak Sekolah Menengah Agama (Arab) Kota Tinggi, Semoga korang menghayati tiap tutur guru dengan akur seraya mengharap berkat ilmu. Itulah resepi untuk maju.

Setelah penat+panas+rimas, majlis anugerah .cemerlang dimulakan.

Nak diringkaskan kisah, adik aku, Siti Zulaikha beroleh anugerah kecemerlangan PMR 9A di samping anugerah 9 subjek terbaik. Manakala, member aku Shahrul Ramzee Hanis mendapat anugerah Math, Aiman beroleh BAT DAN Putra juga beroleh Math. Alhamdulillah, segala kesyukuran dirafa'kan kepada Allah kerana kejayaanku beroleh anugerah kecemerlangan SPM terbaik serta 5 subjek terbaik.

Secara jujurnya, aku tak la pentingkan anugerah ke, hadiah ke, apa ke...tapi buat aku, yang penting adalah kegembiraan ibu dan ayah. Perasaan gembira mereka merupakan anugerah dan hadiah yang terbaik bagi aku. Lagi-lagi apabila kedua ibu dan ayah aku mendapat anugerah ibu bapa cemerlang, semoga mereka berdua berasa bannga atas kejayaan aku.

Tahniah kepada Azizah yang menyaingi dalam SPM. Kali ini, mari kita buktikan siapa yang lebih terror dalam STAM plak.

Semoga kesemua ini adalah nikmat dan bukan istidraj. Wassalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan