Umat islam perlu menguasai bahasa inggeris. Kadangkala, mungkin kerana kurangnya material pembelajaran serta barangkali komitmen yang minimal telah menjadi hijab bagi hati.
Usahlah disisihkan antara kepentingan bahasa melayu sebagai warisan bangsa, bahasa arab sebagai 'lughatul quran' dengan bahasa inggeris yang merupakan medium perantara internasional alaf ini.
Antara poin peri-pentingnya bahasa inggeris ialah:
-Kehendak dakwah secara menyuluruh memerlukan pemahaman yang baik dalam B.I agar penyebaran tarbiyyah islamiyyah berupaya dilaksanakan secara internasional.
-Peningkatan syiar islamisme di eropah memungkinkan para pendakwah nusantara dihantar ke sana.
-Debat antara agama selalunya dalam BI.
Cth; Ahmad Deedat, Dr Zakir Naik
-Agar Islam tidak dihina yang majoritinya menggunakan BI sebagai medium perantara.
-Harun Yahya; memahami karya ilmiahnya yang analitikal dalam mengaitkan fakta sejarah, sains dan alam dengan kebenaran islam
-BI bahasa utama dunia.
Konklusinya, Islam yang syumul menggalakkan umatnya bersifat dinamik dan kritikal supaya dakwah berupaya digerakkan secara praktikal.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan