Related Posts with Thumbnails

Khamis, 18 Mac 2010

Bukti kesahihan ISLAM dalam SPM



Dalam setiap perkara, jikalau kita melihat dengan sisi pandangan
yang berbeza, kita akan berupaya melihat bukti-bukti keagungan yang Maha Esa.

Mari kita renungkan bersama, dalam setiap subjek SPM yang diambil,
terdapat unsur-unsur rohaniah yang seharusnya dihayati.
Inilah yang dinamakan tasawuf.

>>BM,BI, BAT, BAHASA CINA, BAHASA TAMIL, BAHASA IBAN, dll...



Tiada satu seni bahasa pun di dunia ini yang dapat mengalahkan keindahan
susun kata di dalam Al-Quran-ul-Karim yang mulia. Ia bukan syair, bukan puisi,
juga bukan lagu. Ia adalah mukjizat. Tiada satu karya pun di dunia yang diulang pembacaannya berkali-kali tanpa menimbulkan seebarang kebosanan langsung.
Imam Syafie Rah. mengkhatamkan al-Quran setiap hari tanpa rasa jemu. Semakin
dibaca, semakin manis.

"Abu Musa radh. meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda, " Perumpamaan seseorang mukmin yang membaca al-Quran adalah seperti limau manis, berbau sedap dan rasa limau itu manis. Perumpamaan seseorang mukmin yang tidak membaca al-Quran adalah seperti buah tamar. Sungguhpun tidak mempunyai bau namun berasa menis. Perumpamaan orang munafik yang tidak membaca al-Quran adalah seperti buah peria pahit, buah itu tidak mempunyai bau dan berasa pahit. Perumpamaan orang munafik yang membaca al-Quran adalah seperti bunga 'Raihanah', berbau harum tetapi berasa pahit

(HR Bukhari, Muslim, Nasai, dan Ibnu Majah)



>>Sains,Fizik, Kimia, Biologi, Geografi...



"Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, silih bergantinya malam dan siang, bahtera yang berlayar di laut membawa apa yang berguna bagi manusia, dan apa yang ALLAH turunkan dari langit berupa air, lalu dengan air itu segala jenis haiwan dan pengisaran angin dan awan yang dikendalikan antara langit dan bumi sungguh (terdapat) tanda-tanda (keesaan dan kebesaran ALLAH) bagi kaum yang memikirkan".

(Surah al-Baqarah: ayat 164)


Segala ciptaan serta keajaiban dunia bukanlah wujud secara tiba-tiba. Segalanya pasti ada yang menciptakannya. Dialah Allah. Semakin kita jauh dalam mempelajari pengetahuan berkaitan logik, sains serta teknologi...semakin tinggilah keimanan dan amal soleh sewajarnya diasimilasikan dalam kehidupan seharian.

Mathematics, Add math, Prinsip akaun...




"Katakanlah! Dialah ALLAH yang Maha Esa".

(Surah al-Ikhlas: ayat 1)


Semakin kompleks sesuatu sistem, bererti semakin sukarlah seseorang pelajar untuk memahaminya. Tidak semua orang dapat memahaminya dengan sempurna. Yang gagal, akan kecundang di dewan peperiksaan.

Namun, sistem ketuhanan Islam amat mudah. Berbeza dengan agama-agama lain(Hindu mempunyai berpuluh-puluh tuhan), Tuhan bagi seorang muslim hanyalah satu, iaitu ALLAH. Semua orang mampu memahaminya sebaiknya. Menyembah pada yang satu, berharap pada yang satu, memohon pada yang satu...segalanya-galanya kepada yang SATU.

>>Sejarah



Peradaban Islam telah melakar kegemilangan yang mengagumkan. Islam adalah agama yang paling logik, paling rasional antara agama-agama lain. Penghayatan Islam sepenuhnya tidak membawa kemunduran, malah memacu ke arah keharmonian sebuah ummah yang dinamik, progresif dan produktif.

Saidina Umar Radh. pernah berkata: "Kita dimulianan kerana agama islam, jikalau kita meninggalkannya, pasti kita akan kembali hina."

Bagi setiap perkara ada hikmah yang tersembunyi, terpulanglah kepada mata hati untuk memahami atau manjauhi. Wassalam..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan