Related Posts with Thumbnails

Rabu, 17 Mac 2010

Mati!! mungkin esok,,mungkin hari ini..

Keutamaan mengingati mati
(dipetik daripada risalah al-muttaqin keluaran Surau al-Muttaqin Taman kota Jaya)

(1) PERINGATAN DARI ALLAH

Firman Allah s.w.t yang bermaksud,

"Katakanlah sesungguhnya kematian yang kamu lari dari padanya maka sesungguhnya kematian itu akan menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Allah yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata lalu Dia beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan. (Surah Al-Jumuah:8)

(2) PERINTAH DARI RASUL S.A.W

"Perbanyakkanlah mengingati sesuatu yang akan melenyapkan segala macam kelazatan (iaitu kematian) (HR Attarmizi)

(3) MENGINGATI KEMATIAN DAPAT MENGHAPUS DOSA HIDUP BERZUHUD

"Perbanyakkanlah mengingati kematian, sebab yang demikian itu akan menghapus dosa dan penyebab kepada timbulnya hidup berzuhud. (HR Ibnu Abiddunya)

(4) SEBAGAI PENASIHAT KEPADA DIRI SENDIRI

"Cukuplah kematian itu sebagai penasihat. (HR Tabhrani dan Baihaqi)

(5) ORANG CERDIK IALAH ORANG YANG BANYAK MENGINGATI KEMATIAN

"Manusia yang cerdik ialah yang terbanyak ingatnya kepada kematian serta yang terbanyak persiapannya untuk menghadapi kematian itu Mereka itulah orang-orang yang benar-benar cerdik dan mereka pergi ke alam baqa' dengan membawa kemuliaan dunia serta kemuliaan akhirat" (HR Ibnu Majah & Ibnu Abiddunya)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan