Related Posts with Thumbnails

Jumaat, 9 April 2010

Pakej baju seksi + azab seksa

Sabtu lepas, seusai solat zuhur, aku dengan member-member aku pegi outing kat angsana, jb untuk mengendurkan stress. Maahad johor ni memang best sebab banyak tempat-tempat menarik kat sekitarnya. Dengan berbekalkan tambang bas rm1.00, kitorang pun memulakan perjalanan.

Apa yang aku nampak ialah betapa kritikalnya budak-budak sekarang ni yang jadi hamba fesyen walau hatta fesyen yang disarung berselisihan dengan syarak. Sendat, ketat, mampat, sendat, sempit, melekap dan sehingga tak terungkap.

Ok la, lantak korang la, nak paki apa pun. Its human right omputih kuffar kata. Tapi cuba rebungkan sejenak:

-Bila korang pakai sexy-sexy, hakikat sebenarnya korang mensia-siakan kehormatan korang. Macamne plak tu ek?
Jantan-jantan jogos yang mata cam setan akan merenung korang dengan tenungan yang sarat bernafsu (zina mata) serta imaginasi liar (zina hati). Tak sedar-sedar lagi ke?

-Korang marah bila da jantan cakap benda 'blue kat korang, tapi korang perasan tak sebenarnya korang sendiri yang membenarkan dan mengalu-alukannya bertopengkan hipokrasi.

-Mindset lelaki lazimnya simple
>>awek sopan/islamik= "boleh jadi bini ni, mesti sia dapat jaga kehormatan diri dia masa aku takde kat rumah"
>>awek sexy-sexy= "kalau jadi awek, couple, best jugak..tapi klau nak jadikan bini, nak jaga dia seumur hidup, fikir banyak kali la..berbaloi ke??"

-Aku pernah baca kat satu majalah, ada satu kes ni dia rogol sorang perempuan sebab tak tahan selalu sangat tengok 'manusia berpakaian tetapi telanjang'. Sebab ketidak bijaksanaan korang, tak pasal-pasal ada yang jadi mangsa dan pemangsa.

-Korang nak dapat lelaki baik. Macam-macam kriteria korang letak. Tapi korang dah letak ke kriteria teristimewa idaman setiap lelaki baik; 'kehormatan' diri'.

-Jangan salahkan anak korang nanti bila dia lihat gambar-gambar korang masa zaman jahiliyah dulu lalu dia jadi lebih sexy teramat asbab berdalilkan korang dulu pun lebih korang jugak. Pandai-pandai la nak jawab depan tuhan nanti, tak payah tunggu sampai kat padang mahsyar pun, masyarakat korang akan mengutuk korang dari belakang konon korang tak pandai jaga anak.

-Ni baru azab dunia, azab perasaa, korang lagi tau azab seksa asbab baju seksi di akhirat yang pasti kelak, yang PASTI!

Aku minta maaf kalau point of view aku ni ada buat korang menyirap marah dengan aku, tapi sebenarnya aku lagi marah dalam melihat realiti hari ini. Allah S.W.T itu Maha Pengampun, namun mungkinkah esok kita sempat memohon ampun..kerna ajal maut tak bisa dipostpone.

1 ulasan:

  1. Dapatkan panduan bina otot badan bagi lelaki agar anda lebih tough dan macho....miliki badan impian anda bermula disini...jika org lain boleh..anda juga boleh....

    BalasPadam