Related Posts with Thumbnails

Jumaat, 9 April 2010

MUET; cuma 4 bulan.. sempat ke??

Sekolah form 6 yang aku duduki ni, Maahad Johor sekadar memperuntukkan 4 bulan bagi persediaan dalam menduduki writing test manakala 6 bulan kemudian akan diteruskan dengan test-test speaking dll.

Cuma aku risau takut tak manpu nak kuasai MUET dalam masa yang singkat ni, 2 minggu lagi ni aku ada writing test..

Aku tak pasti la maybe Maahad Johor ni hakikatnya nak asimilasi serta aplikasi kehebatan sahabat nabi, Tariq Bin Ziad yang berjaya menguasai bahasa parsi dengan fasih dalam tempoh 13 hari jer. Dahsyat..

Pada pendapat aku, mungkin sebab kewujudan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) yang berprofil tinggi sebagai fokus utama hasrat pembelajaran menyebabkan modus operandi dalam menjana kecemerlangan pelajar lebih menekankan kemantapan result 10A1 dalam STAM. So, MUET bukanlah focus utama lantaran STAM memadai bagi memudahkan calon bergelar mahasiswa dan mahasiswi.

Apa-apa pun, aku akan cuba berusaha sedaya upaya, berdoa setulus hati dan bertawakkal akhirnya pada ilahi untuk berikhtiar yang terbaik.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan